mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) – SELURUH NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 06 Oktober 2025 (Isnin)
Masa   : 7:45 pagi – 8:45 pagi
Lokasi : Makmal ICT SMK Tunku Syed Idrus, Tampin



Tujuan :
Kempen Internet Selamat (KIS) bertujuan untuk mendidik pelajar tentang kepentingan keselamatan digital serta membentuk amalan penggunaan internet yang bertanggungjawab. Program ini juga berperanan sebagai usaha pencegahan awal terhadap risiko penyalahgunaan teknologi dalam kalangan remaja, selaras dengan aspirasi membina komuniti celik digital.
Aktiviti:
Program telah berlangsung pada 6 Oktober 2025 di Makmal ICT SMK Tunku Syed Idrus, melibatkan 61 orang murid Tingkatan 4 dan 2 orang guru. Aktiviti utama ialah Taklimat Awam KIS yang dikendalikan oleh petugas NADI Pekan Tampin, iaitu Nurshamimi Binti Abd Razak dan Nur Adiba Ain Binti Shamsudin.