mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x ESPORT : WEBINAR COMPOSITING & EDITING

Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
Masa   : 9:00 pagi – 1:00 tengahari
Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin

Tujuan :
Program NADI x E-Sport : Webinar Compositing & Editing bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada proses akhir dalam penghasilan kandungan visual, khususnya teknik compositing dan editing yang menjadikan hasil kerja lebih profesional dan berimpak. Webinar ini memberi pendedahan kepada alatan asas, perisian suntingan, serta kaedah praktikal untuk menghasilkan visual yang kemas dan menarik, sekali gus meningkatkan kemahiran teknikal peserta dalam bidang E-Sport dan kreatif digital.

Aktiviti :
Aktiviti webinar ini merangkumi penerangan tentang proses akhir dalam compositing yang membantu peserta memahami bagaimana sesuatu projek disempurnakan, diikuti dengan sesi pembelajaran teknik untuk menjadikan hasil kerja kelihatan lengkap dan profesional. Peserta turut dibimbing melalui demonstrasi praktikal menggunakan perisian suntingan seperti CapCut, dengan sokongan headphone dan klip animasi sebagai bahan latihan. Sepanjang sesi, aktiviti berbentuk latihan hands-on dan soal jawab dijalankan bagi memastikan peserta bukan sahaja memahami teori tetapi juga mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam projek sebenar.