mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x ENTREPRENEUR : WEBINAR PEMASARAN

Tarikh : 09 April 2026 (Khamis)
Masa   : 10:00 pagi – 12:00 tengahari
Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin

Tujuan :
Program NADI x Entrepreneur : Webinar Pemasaran bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas dan strategi pemasaran yang sebenar dalam dunia perniagaan. Sesi ini membantu usahawan memahami mengapa produk yang baik masih boleh gagal di pasaran, serta bagaimana menggunakan prinsip pemasaran dengan lebih berkesan untuk meningkatkan jualan dan daya saing.

Aktiviti :
Aktiviti dilaksanakan melalui sesi penerangan interaktif yang merangkumi topik seperti mengenal pasti kesilapan umum dalam pemasaran, memahami maksud sebenar pemasaran dalam konteks perniagaan, serta penerapan 4P asas pemasaran strategik. Peserta berpeluang berinteraksi dengan penceramah, mengajukan soalan, dan membincangkan contoh praktikal bagi memastikan mereka dapat mengaplikasikan ilmu pemasaran dalam perniagaan masing-masing.