| Tarikh : 29 November 2025 (Sabtu) |
| Masa : 9:00 pagi – 1:00 tengahari |
| Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Webinar “Basic Storyboarding” anjuran NADI x E-Sport bertujuan untuk memperkenalkan asas penceritaan visual kepada peserta muda yang berminat dalam bidang kreatif digital, animasi, dan penghasilan kandungan. Sesi ini memberi pendedahan tentang teknik asas seperti susunan panel, jenis shot, dan struktur naratif menggunakan pendekatan seperti Pixar Pitch. Matlamatnya adalah untuk membina kefahaman peserta tentang bagaimana idea boleh diterjemahkan secara visual dengan berkesan, sekaligus memperkasa mereka untuk menghasilkan karya yang lebih tersusun dan menarik.
Aktiviti :
Sepanjang sesi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti interaktif seperti melakar panel cerita berdasarkan tema yang diberi, mengenal pasti jenis shot dalam storyboard, dan membina naratif menggunakan teknik Pixar Pitch. Fasilitator turut membimbing peserta untuk membahagikan kertas kepada enam panel, memilih elemen seperti “Magical Item” atau “Funny Accident,” dan membina jalan cerita secara berstruktur. Sesi ini turut diserikan dengan perkongsian visual, lakaran langsung, dan pembentangan hasil kerja peserta secara maya, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan dan memberi impak kepada kreativiti mereka.