mcmc
Laporan AktivitiPendidikan

NADI x DILEA : OPEN TUITION FORM 1 – 5 SAINS

Tarikh : 09 Disember 2025 (Selasa)
Masa   : Sesi Pagi (9:15 – 10:15 pagi) & Sesi Petang (3:30 – 4:30 petang)
Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin

Tujuan :
Tujuan kelas Open Tuition Sains & Pengajian Am ini adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 6 memahami konsep asas dan kemahiran proses sains dengan lebih jelas serta memperkukuh penguasaan isu semasa dan teknik menjawab esei dalam subjek Pengajian Am. Program ini dirancang bagi menyokong pelajar yang sering keliru dengan fakta penting atau sukar mengaitkan teori dengan aplikasi sebenar, agar mereka lebih yakin dan bersedia menghadapi peperiksaan.

Aktiviti :
Sepanjang sesi pagi dan petang, pelajar akan mengikuti Fun Lab Sains yang menekankan pemerhatian, analisis data, dan kemahiran eksperimen secara interaktif. Bagi pelajar Tingkatan 6 Atas, sesi khas akan dijalankan untuk membedah teknik menjawab Bahagian C esei STPM Pengajian Am Semester 3. Semua kelas berlangsung secara langsung di platform LMS DILEA, membolehkan pelajar bertanya soalan secara terus kepada guru berpengalaman sambil menggunakan modul pembelajaran yang disediakan secara percuma.