mcmc
Maklumat Pi1M

MAKLUMAT NADI

  •  SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) PEKAN TAMPIN

    Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

    OBJEKTIF PENUBUHAN :
    • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
    Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
    Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
    Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
    Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
    PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

    Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

    • Pengenalan asas komputer
    Asas internet
    Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
    Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
    Latihan keusahawanan
    JUMLAH KEAHLIAN :

    Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 30 Mac 2010. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah

      AHLI LAMA 6065
      AHLI BARU BULAN MEI 10
     KESELURUHAN PADA MEI 2025 6075
    KENALI PETUGAS NADI: 

    Untuk menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

    PENGURUS

    Nama : NURSHAMIMI BINTI ABD.RAZAK

    Mula berkhidmat : OGOS 2023

    PENOLONG PENGURUS

    Nama : NUR ADIBA AIN BINTI SHAMSUDIN

    Mula berkhidmat : FEBRUARI 2025