2026 E-SPORT II

Kisah Kejayaan | 26 July 2026
Nama: Muhammad Zakry bin Jainuddin
Umur: 16 Tahun
Ahli: 2023

Latar Belakang :
Muhammad Zakry bin Jainuddin merupakan pelajar Tingkatan 4 di SMK Tunku Syed Idrus Tampin yang aktif menyertai pelbagai program dan aktiviti di NADI Pekan Tampin. Pada awalnya, beliau hadir untuk menyertai pertandingan E-Sukan Mobile Legends, namun minatnya semakin mendalam sehingga mula melibatkan diri dalam hampir semua aktiviti yang dijalankan. Zakry memanfaatkan masa lapang dan cuti sekolah untuk mengasah kemahiran ICT, menyertai bengkel inovasi, serta mengikuti sesi pembelajaran tambahan. Antara pencapaian membanggakan yang pernah diraih termasuk johan dalam pertandingan Mobile Legends Peringkat Negeri Sembilan musim ketiga dan aktif menyertai pertandingan E-Football di NADI Pekan Tampin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Sejurus selepas melangkah ke Tingkatan 4, ibu bapa Zakry menyedari bahawa kemahiran penggunaan komputer amat penting dalam dunia pendidikan dan pembangunan diri masa kini. Atas kesedaran tersebut, Iman mengambil inisiatif untuk menyertai pelbagai aktiviti dan kelas komputer yang dianjurkan oleh NADI Pekan Tampin, termasuk sesi pembelajaran kemahiran asas ICT yang dijadualkan secara berkala. Penglibatan aktif beliau bukan sahaja meningkatkan kecekapan digital, malah turut membantu dalam menyiapkan tugasan akademik dan memperkukuh kemahiran inovasi yang dimilikinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Selepas mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti di NADI Pekan Tampin, Zakry semakin mahir menggunakan kemudahan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Kemahiran ini bukan sahaja membantu beliau menyiapkan tugasan akademik, malah membuka peluang untuk menyertai program berasaskan teknologi dan inovasi. Selain itu, Iman turut menunjukkan kecemerlangan dalam bidang e-sukan, khususnya permainan Mobile Legends, serta mula menguasai asas keselamatan siber dan undang-undang permainan dalam talian melalui sesi pembelajaran yang dijalankan. Beliau juga aktif dalam kelas robotik dan Internet of Things (IoT), yang memperkukuh kemahiran teknikal dan daya cipta beliau dalam bidang STEM. Penglibatan aktif ini menjadikan Sofia lebih yakin, cekap dan bersedia menghadapi cabaran digital masa kini dengan pengetahuan yang menyeluruh dan bersepadu.