mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x ENTREPRENEUR : WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN

Tarikh : 02 April 2026 (Khamis)
Masa   : 10:00 pagi – 12:00 tengahari
Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin

Tujuan :
Webinar NADI x ENTREPRENEUR : Perancangan Perniagaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan kecil dan sederhana (PMKS) tentang kepentingan mempunyai roadmap yang jelas dalam mengembangkan perniagaan. Program ini membantu peserta memahami struktur asas perancangan strategik, mengenal pasti cabaran sebenar yang dihadapi oleh usahawan di Malaysia, serta menyediakan panduan praktikal untuk meningkatkan daya saing dan kelestarian bisnes mereka.

Aktiviti :
Sepanjang sesi, peserta dibimbing melalui agenda latihan yang merangkumi penerangan tentang realiti usahawan kecil, kepentingan roadmap perniagaan, cara pantas membina blueprint perancangan, dan langkah praktikal selepas webinar. Aktiviti melibatkan perkongsian ilmu oleh penceramah, perbincangan interaktif bersama peserta, serta paparan data dan contoh kes sebenar bagi memperkukuh kefahaman. Peserta juga digalakkan untuk menilai semula strategi masing-masing dan merangka tindakan susulan yang lebih terarah.