| Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu) |
| Masa : 8:00 pagi – 4:00 petang |
| Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Program Bazar Raya Nadi Pekan Tampin 2026 diadakan bagi menghidupkan suasana kemeriahan sambutan Hari Raya dengan menggalakkan masyarakat setempat berkunjung, membeli-belah dan berinteraksi dalam suasana penuh muhibah. Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para usahawan kecil dan peniaga tempatan mempromosikan produk mereka, di samping memperkukuh hubungan komuniti melalui aktiviti yang berteraskan budaya, pendidikan dan kesihatan.
Aktiviti :
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program ini termasuk jualan bazar seperti baju raya, kuih raya, makanan, sampul raya, lampu raya dan inai henna. Selain itu, pengunjung boleh menyertai Program NADI x Kidventure (Webinar Usahawan Cilik), pertandingan mewarna kanak-kanak, kempen Internet Selamat, bengkel membuat biskut raya dan kuih raya, serta menikmati saringan kesihatan percuma. Keseluruhan aktiviti ini dirangka untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermanfaat dan penuh nilai komuniti kepada semua lapisan masyarakat.