| Tarikh : 19 Januari 2025 (Ahad) |
| Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari |
| Lokasi : Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Tampin |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk memberikan peserta kemahiran asas dalam menggunakan aplikasi reka grafik Canva untuk mencipta Poster. Poster adalah bentuk visual yang menggabungkan teks, gambar, dan grafik untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang ringkas dan menarik.
Aktiviti :
Peserta diberi tunjuk ajar untuk meneroka antara muka Canva dan memahami fungsi-fungsi asas seperti menggubah saiz kanvas, menambah elemen grafik, dan mengatur warna. Peserta juga diberi pilihan untuk memilih topik atau maklumat yang ingin disampaikan melalui poster. Mereka akan memilih elemen grafik yang sesuai, mengatur teks, dan memilih warna yang sesuai dan akan menyusun maklumat dalam poster dengan cara yang mudah difahami dan menarik.