mcmc
Kisah Kejayaan

2026 KEUSAHAWANAN I

Nama: Sakinah binti Omar Sidi
Umur: 48 tahun
Ahli: 2010

Latar Belakang :
Sakinah binti Sidi pada asalnya memang buta menjahit dan tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Namun, selepas menyertai kelas Mahir Jahit anjuran NADI Pekan Tampin, beliau mula belajar asas jahitan dan seterusnya menghasilkan kraftangan jahitan yang ringkas-ringkas. Bermula dari percubaan kecil, Sakinah kini mampu menjahit sendiri dan menghasilkan pelbagai produk kraftangan yang bukan sahaja memberi kepuasan diri, malah membolehkannya menjana pendapatan secara sedikit-sedikit. Sokongan daripada kelas dan bimbingan di NADI Pekan Tampin telah membuka peluang baharu untuk beliau meningkatkan kemahiran serta menambah sumber pendapatan, sekali gus menjadi titik permulaan kepada perkembangan usaha kreatifnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan bersama NADI Pekan Tampin, perniagaan beliau bergerak dalam skala kecil dengan fokus kepada tempahan daripada kenalan rapat. Operasi perniagaannya lebih bersifat sederhana dan belum meluas kepada komuniti yang lebih besar. Aktiviti harian tertumpu kepada rutin perniagaan biasa tanpa sokongan tambahan seperti kelas keusahawanan atau promosi melalui media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Selepas penggunaan ICT dan penglibatan bersama NADI, beliau berjaya memperluaskan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi. NADI memainkan peranan penting dalam menyediakan kelas-kelas keusahawanan yang memberi panduan dan informasi berkaitan bantuan serta pinjaman dari pihak yang relevan.

Selain itu, NADI turut membantu mempromosikan perniagaannya kepada komuniti setempat dan melalui platform media sosial, sekaligus meningkatkan kesedaran terhadap produk dan perkhidmatannya. Tidak terhenti di situ, NADI juga menawarkan bimbingan peribadi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan ICT, sama ada secara bersemuka mahupun secara atas talian.Tambahan pula, penyertaan dalam kelas MAHIR Jahit yang dianjurkan oleh NADI telah memberikan beliau ilmu baharu serta kemahiran tambahan, khususnya dalam pembuatan kek dan bakeri. Bantuan menyeluruh ini telah menjadi pemangkin kepada kejayaan perniagaannya yang semakin berkembang pesat.