| Nama | : Sharanraj Hareshan A/L Ramash |
| Umur | : 18 Tahun |
| Ahli | : 2023 |
Latar Belakang :
Sharanraj Hareshan a/l Ramash merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK Sultan Mansor Shah yang aktif menyertai pelbagai program dan aktiviti di NADI Pekan Tampin. Pada awalnya, Sharanraj hadir ke NADI untuk menyertai pertandingan e-sukan Mobile Legends yang dianjurkan, namun minatnya semakin mendalam sehingga beliau mula melibatkan diri dalam hampir semua aktiviti yang dijalankan. Beliau memanfaatkan masa lapang dan cuti sekolah untuk hadir ke NADI bagi mengasah kemahiran ICT, menyertai bengkel inovasi, serta mengikuti sesi pembelajaran tambahan. Sharanraj juga mengikuti tuisyen percuma DILEA anjuran NADI Pekan Tampin sebagai kelas tambahan untuk meningkatkan pencapaiannya, di samping membantu beliau memupuk keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai. Antara kejayaan membanggakan beliau termasuk memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam SPM hasil daripada pembelajaran atas talian melalui tuisyen DILEA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Sejurus selepas melangkah ke Tingkatan 4, ibu bapa Sharanraj menyedari bahawa kemahiran penggunaan komputer amat penting dalam dunia pendidikan dan pembangunan diri masa kini. Atas kesedaran tersebut, Iman mengambil inisiatif untuk menyertai pelbagai aktiviti dan kelas komputer yang dianjurkan oleh NADI Pekan Tampin, termasuk sesi pembelajaran kemahiran asas ICT yang dijadualkan secara berkala. Penglibatan aktif beliau bukan sahaja meningkatkan kecekapan digital, malah turut membantu dalam menyiapkan tugasan akademik dan memperkukuh kemahiran inovasi yang dimilikinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Selepas mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti di NADI Pekan Tampin, Sharanraj semakin mahir menggunakan kemudahan komputer dan perisian asas seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Kemahiran ini bukan sahaja membantu beliau menyiapkan tugasan akademik, malah membuka peluang untuk menyertai program berasaskan teknologi dan inovasi. Selain itu, Sharanraj turut menunjukkan kecemerlangan dalam bidang e-sukan, khususnya permainan Mobile Legends, serta mula menguasai asas keselamatan siber dan undang-undang permainan dalam talian melalui sesi pembelajaran yang dijalankan. Beliau juga aktif dalam kelas robotik dan Internet of Things (IoT), yang memperkukuh kemahiran teknikal dan daya cipta beliau dalam bidang STEM. Penglibatan aktif ini menjadikan beliau lebih yakin, cekap dan bersedia menghadapi cabaran digital masa kini dengan pengetahuan yang menyeluruh dan bersepadu.